Cari @ Amanz

HMD Global menjadualkan sebuah acara media khusus pada penghujung minggu ini, dimana mereka bakal memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka, Nokia 8. Kini, seperti kebiasaan, harga jualannya tertiris lebih awal – dan menurut pra-tempahan yang mula diambil oleh pengedar peranti berkenaan, Nokia 8 dikatakan berharga RM2299.

Nokia 8 merupakan telefon pintar flagship daripada Nokia, hadir dilengkapi dengan cip Snapdragon 835, dan turut menggunakan dwi-kamera belakang dengan optik Zeiss.

Dari segi spesifikasi, Nokia 8 menawarkan skrin bersaiz 5.3-inci Gorilla Glass 5 dengan resolusi 2560×1440 pixel, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Ia turut menggunakan kamera hadapan 13-megapixel, selain bateri berkapasiti 3090mAh.

Seperti biasa, kami akan menawarkan kemaskini semasa daripada acara pelancaran penghujung minggu ini. Sekiranya benar ia berharga RM2299, apa kata anda? Adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd