Cari @ Amanz

Mirage: Arcane Warfare merupakan salah satu permainan aksi dunia fantasi yang mana menawarkan bentuk permainan FPS berasaskan kepada skill. Ia telah ditawarkan sejak awal tahun ini melalui Steam, dan menawarkan permainan multi-pemain antara para pemain lain.

Walaubagaimanapun, angka jualan untuk Mirage : Arcane Warfare ini adalah sangat menyedihkan, dan membuatkan tiada pemain lain bermain permainan ini. Ia sekaligus memberikan kesan kepada pemain yang telah membelinya – kerana ia menawarkan permainan berbentuk multi-pemain.

Untuk meramaikan lagi pemain untuk Mirage : Arcane Warfare, kini penerbitnya menawarkan permainan ini secara percuma untuk tempoh 24 jam melalui Steam. Anda hanya perlu menambah ia pada akaun Steam anda, dan boleh memuat-turunnya, serta memainkannya.

Selepas tempoh 24 jam yang tamat pada 8 September jam 1 pagi, Mirage : Arcane Warfare akan ditawarkan pada harga $9.99.

Bagi anda yang mempunyai akaun Steam, mungkin boleh menebus permainan ini hari ini, dan memainkannya ia bersama rakan-rakan lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd