Cari @ Amanz

Setelah beberapa bulan diacah oleh pihak Twitter, mod malam untuk Twitter versi desktop kini diaktifkan kepada semua pengguna. Sesuai dengan namanya, mod malam ni menukar tema warna laman menjadi warna biru gelap yang kurang menyakitkan mata apabila dilihat di dalam gelap.

Untuk menukar ke mod malam anda hanya perlu menekan avatar profil pada bucu atas sebelah kanan skrin yang bersebelahan dengan butang Tweet berwarna biru. Menu memanjang akan muncul dan di bahagian bawah sekali akan terdapat tetapan untuk mod malam. Selamat mencuba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd