Cari @ Amanz

Dua model baru Honor dilancarkan di China semalam. Honor V9 Play dan V6 Play kedua-duanya adalah peranti kelas permulaan dengan harga jualan mampu milik. Honor V9 Play dilengkapi skrin 5.2″ HD, diperkasakan pemproses MediaTek MT6750, memori 3/4 GB RAM dan storan 32GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dan kamera selfie 8-Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android Nougat dengan pelancar EMUI 5.1.

Honor V6 Play pula dilengkapi skrin 5″ HD, diperkasakan pemproses MediaTek MT6737T, memori 2GB RAM dan storan 16GB. Kamera utama sebesar 8-Megapixel f/2.0 dan kamera selfie 5-Megapixel f/2.4. Bateri sebesar 3020 mAh membekalkan kuasa kepada peranti. Ia masih menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar EMUI 4.1.

Harga jualan Honor V9 Play ialah RMB 999 (~RM 646) untuk versi 3GB RAM dan RMB 1099 (~RM 710) untuk versi 4GB RAM. Honor V6 Play pula dijual pada harga lebih mampu milik RMB 599 (~RM 387) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd