HP Envy 13 Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-8 Kini Di Malaysia – Bermula RM3999
HP

HP Envy 13 Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-8 Kini Di Malaysia – Bermula RM3999

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

HP Malaysia kini telah mula menawarkan komputer riba HP Envy 13 versi terkini untuk pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8, selain turut hadir dengan pilihan penawaran kad grafik NVIDIA.

HP Envy 13

HP Envy 13 menawarkan skrin bersaiz 13-inci, dan hadir dengan rekaan premium. Ia menawarkan skrin pada resolusi HD penuh, dilengkapi empat speaker terbina untuk penawaran audio yang baik, selain kamera HD WDR untuk kemudahan panggilan video. Komputer riba ini turut menyokong Windows Hello untuk tujuan sekuriti tambahan.

Model asas HP Envy 13 hadir dengan cip Intel Cire i5-8250U, dilengkapi memori 8GB RAM, storan 256GB, dan menjalankan Windows 10 Home. Ia ditawarkan pada harga RM3999. Disamping model ini, HP Evny 13 turut ditawarkan dalam pilihan bersama kad grafik NVIDIA, selain pilihan penggunaan cip Intel Core i7.


TIPS & ULASAN