Facebook Menguji Ciri Komen Dengan Warna Latar

Diterbitkan pada Sep 7, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk menulis status teks biasa dengan menggunakan warna latar berbeza dengan mudah. Kini, gergasi perkhidmatan sosial berkenaan turut sedang menguji ciri yang lebih kurang sama, tetapi pada bahagian komen.

Melalui apa yang diuji, ia membolehkan setiap pengguna hadir dengan penggunaan warna latar berbeza, sekaligus menjadikan komen mereka lebih difokuskan berbanding pengguna lain.

Namun, pada masa yang sama, ia juga mungkin membuatkan sejumlah besar pengguna lain kurang mengemarinya – kerana ia mungkin membuatkan paparan Facebook yang kemas menjadi lebih “semak”.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mengemari ciri ini sekiranya ia diperkenalkan secara meluas kepada semua?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami