Cari @ Amanz

Lenovo K8 Plus yang dilancarkan hari ini meneruskan janji Lenovo untuk menggunakan Android Asli pada kesemua peranti mereka. Ia dilengkapi sistem dwi-kamera dan mempunyai spesifikasi kelas sederhana. Hari ini juga harga jualan Samsung Galaxy J7+ diumumkan di Malaysia selepas ia diperlihatkan minggu lalu. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Xiaomi Mi A1 yang juga baru sahaja dilancarkan. Ketiga-tiganya dilengkapi sistem dwi-kamera dengan spesifikasi hampir setanding.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd