Vivo V7+ Dilancarkan Dengan Skrin FullView Display Serta Kamera Selfie 24-Megapixel

Vivo V7+ Dilancarkan Dengan Skrin FullView Display Serta Kamera Selfie 24-Megapixel

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

Penantian pelancaran Vivo V7+ berakhir sebentar tadi dengan pelancarannya di India. Seperti yang dijanjikan peranti ini mengemukakan rekaan baru hampir semua skrin bagi jenama Vivo dengan skrin FullView Display. Menurut Vivo skrin mengambil 84.4% ruang hadapan kedua-dua peranti ini.

Dari segi spesifikasi Vivo V7+ dilengkapi skrin 5.99″ (720×1440 pixel) FullView display bernisbah 18:9, pemproses Snapdragon 450, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan kamera selfie pula sebesar 24-Megapixel f/2.0. Ini menjadikannya peranti dengan kamera selfie terbesar pernah dilancarkan setakat ini. Kamera yang besar ini turut menyokong sistem nyahkunci imbasan wajah Face Access.

Fungsi lain yang disertakan ialah pengimbas cap jari dan cip audio khas untuk menikmati audio berdefinasi tinggi. Sistem operasi Android 7.1.1 digunakan dengan pelancar Funtouch OS 3.2. Bateri sebesar 3225 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Harga jualan peranti ini ialah ₹ 21,990 (~RM 1447).


TIPS & ULASAN