Perisian Google Drive Lama Untuk Mac Dan PC Akan Ditamatkan – Google Minta Pengguna Beralih Ke Perisian Baru

Perisian Google Drive Lama Untuk Mac Dan PC Akan Ditamatkan – Google Minta Pengguna Beralih Ke Perisian Baru

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

Google sebelum ini telah memperkenalkan perisian baru yang memudahkan pengguna untuk membuat salinan sandaran komputer dan Mac mereka, dinamakan Backup and Sync. Kini, dengan penawaran baru berkenaan, Google mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perisian Google Drive untuk Mac dan PC yang lama.

Menurt Google, ia tidak akan disokong selepas 11 Disember 2017 kelak, dan berhenti berfungsi selepas 12 Mac 2018 kelak.

Backup & Sync

Sebagai ganti untuknya, Google mengalakkan para pengguna untuk beralih ke perisian baru mereka. Selain itu, Google turut mengalakkan menggunakan ciri Drive File Stream yang membolehkan pengguna melihat dan membuat carian dokumen daripada Google Drive pada desktop dengan mudah – tanpa perlu memuat-turun ia terlebih dahulu, sekaligus menjimatkan ruangan komputer.

Ciri Drive Live Stream ini akan ditawarkan kepada semua pengguna bermula 26 September 2017 kelak.


TIPS & ULASAN