Cari @ Amanz

Facebook seringkali menguji pelbagai ciri-ciri baru pada platform sosial mereka. Terkini, mereka dilihat sedang menguji sebuah ciri baru yang lebih kurang menyerupai Tinder.

Melalui ciri ini, Facebook dilihat ingin memudahkan anda bertemu dengan rakan-rakan sedia ada anda, sekaligus merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Facebook Tinder

Daripada ujian yang dilakukan di Kanada, Facebook memperlihatkan pilihan berkenaan kepada beberapa pengguna, dimana mereka diberi pilihan sama ada ingin bertemu dengan *seseorang* pada sesuatu minggu. Anda seterusnya boleh memilih ya atau tidak. Sekiranya anda dan rakan anda memilih ya, maka temujanji berkenaan akan dilakukan, dan sekiranya seseorang memilih tidak, maka ia akan dibatalkan – lebih kurang seperti pada Tinder.

Facebook dipetik mengatakan pengguna sering merancang untuk bertemu dengan rakan-rakan mereka melalui pelbagai medium komunikasi, dan mereka ingin memudahkan proses berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan pada peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd