Cari @ Amanz

Sony Mobile Malaysia kini telah mula menawarkan satu lagi telefon pintar baru untuk para pengguna tempatan, iaitu Sony Xperia L1. Ia hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu hitam, putih dan merah jambu, serta boleh didapati pada harga RM799.

Sony Xperia L1

Sony Xperia L1 menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi HD, dilengkapi cip MediaTek MT6737T, memori 2GB RAM, dan ruangan storan terbina 16GB. Pengguna turut boleh memperluaskan storan ia sehingga 256GB melalui penggunaan mikro-SD. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 2620mAh.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar berspesifikasi rendah-pertengahan ini menawarkan kamera 13-megapixel f/2.2, dan kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman sudut luas.

Secara keseluruhan, ia turut mengekalkan rekaan ikonik Sony, serta antaramuka Android seperti terdapat pada pelbagai peranti Sony lain.

Bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar terbaru berjenama Sony tetapi pada harga bajet, ini mungkin salah satu pilihan untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd