Apple Mungkin Menggunakan Panel OLED Keluaran LG Bermula 2019

Apple Mungkin Menggunakan Panel OLED Keluaran LG Bermula 2019

Diterbitkan pada Sep 8, 2017 oleh .

Semalam kami melaporkan harga iPhone 8 yang mahal adakah kerana Samsung mengawal pasaran skrin OLED. Apple tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli panel skrin ini dari pesaing mereka ini pada harga yang mahal. Kini kedengaran laporan mereka mungkin akan berpindah ke LG bermula 2019.

LG dipercayai sedang memperhalusi persetujuan untuk menjadi pembekal skrin OLED kepada Apple pada tahun 2019. Syarikat Korea ini sedang membina kilang baru khusus untuk penghasilan skrin OLED dan ia dijangka siap pada tahun tersebut. Ini dijangka akan mengurangkan kos menghasilkan OLED untuk peranti Apple di masa hadapan. Appel dipercayai hanya akan menggunakan skrin OLED pada iPhone seawal tahun hadapan. Langkah pengurangan kos ini perlu bagi memastikan harga iPhone tidak meningkat dengan mendadak sehingga mengurangkan angka jualan kelak.


TIPS & ULASAN