Carian
Pemenang Doodle Pada Google Untuk Hari Malaysia 2017 Diumumkan
September 8, 2017 Ikhwan Nazri

Telah menjadi kebiasaan Google untuk hadir dengan lakaran doodle pada hari-hari bersejarah untuk diletakkan pada halaman carian merka. Pada tahun ini mereka telahpun mengadakan pertandingan untuk mencari Doodle yang akan menghiasi halaman tersebut pada 16 September 2017.

Pada hari ini, mereka telah mengumumkan lakaran yang memenangi pertandingan ini, berkonsepkan perpaduan dan kepelbagaian. Dibawah tajuk “United, We Shine”, adik Ch’ng Kai Wei dari Putrajaya memenangi pertandingan tersebut.

Sebanyak empat lukisan telah disenaraipendek dari setiap kategori mengikut umur, dan kesemuanya membawakan rekaan yang kemas dan menarik, selain mengikut tema. Anda boleh melihat kesemua 20 lakaran yang disenarai pendek di halaman ini.

Sehingga hari ini, Google Malaysia telah membawakan banyak lakaran Doodle yang menarik termasuklah lagenda bolasepak negara Mokhtar Dahari, Yasmin Ahmad, dan juga P. Ramlee.

Komen