Cari @ Amanz

Uber sedia terkenal dengan penawaran perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi. Selain daripada itu, mereka turut menawarkan kemudahan untuk menempah makanan di beberapa pasaran, dinamakan UberEats. Di Malaysia, mereka telah dalam perancangan untuknya sejak tahun lepas, dan kini Uber Malaysia dilihat bergerak lebih drastik dan mula mengambil pekerja penghantaran – termasuk penunggang motosikal untuknya.

UberEats beroperasi dengan aplikasi khusus lain, dimana anda boleh memilih restoran dan makanan yang anda ingin tempah, seterusnya ia akan disediakan restoran berkenaan – dan dihantar oleh pemandu UberEats. Seperti perkhidmatan FoodPanda, dan perkhidmatan penghantaran makanan lain, pengguna akan dikenakan sedikit caj untuk tujuan penghantaran – tambahan daripada harga makanan.

Buat masa ini, bilakah tarikh pelancaran UberEats di Malaysia masih tidak diketahui. Tetapi, mereka kini telah mula mengambil pemandu UberEats khusus di kawasan Kuala Lumpur – terutamanya mereka yang berada sekitar KLCC, Bukit Bintang, Bangsar Baru dan juga Hartamas. Pengiklanan pencarian penunggang motosikal UberEats juga dilakukan secara meluas, menandakan ia mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd