Cari @ Amanz

Bingkai HTC U11 boleh dipicit bagi melakukan pelbagai perkara. Menekannya sekali boleh melancarkan kamera. Menekan dengan lebih lama boleh digunakan untuk melancarkan pembantu maya Google Assistant. Seperti dijanjikan HTC akan menambah lagi fungsi tambahan kepada sistem Edge Sense ini.

Di dalam laman rasmi HTC, mereka mengumumkan kemaskini ini akan mula diberikan kepada pengguna U11 secara berperingkat. Antara yang boleh dilakukan ialah melakukan zoom masuk dan keluar dengan menekan bingkai di dalam aplikasi Photos. Pemain muzik boleh dihentikan dan dimulakan semula menggunakan kaedah yang sama. Kustomasi tekanan Edge Sense di dalam aplikasi berbeza akan diaktfikan dengan kemaskini ini.

Kami memiliki peranti dari Taiwan tetapi masih belum menerima kemaskini ini. Kami tidak sabar untuk mencuba Edge Sense baru sejurus selepas menerima kemaskini ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd