Rekaan Peranti Yang Dikatakan Huawei Mate 10 Tertiris

Diterbitkan pada Sep 8, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Mate 10 akan dilancarkan di Munich pada 16 Oktober hadapan. Ia akan menjadi jawapan Huawei kepada peranti Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone 8. Kita sudahpun mengetahui Mate 8 akan mempunyai rekaan hampir semua skrin serta menggunakan cip terkini HiSilicon Kirin 970.

Rekaannya masih lagi misteri sehinggalah hari ini. Gambar peranti yang didakwa adalah Mate 10 tertiris hari ini dan kelihatan seperti sebuah Mate 9 dengan bahagian dagu serta dahi yang jauh lebih kecil. Maklumat lain yang diterima ialah skrin ini sebesar 6″ dengan resolusi QHD, 6 GB RAM, bateri sebesar 4000 mAh dan dwi-kamera utama 20+12 Megapixel. Seperti Mate 9, Huawei Mate 10 Pro juga dijangka akan dilancarkan dengan skrin lengkung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami