Cari @ Amanz

Sistem dwi kamera sudah mula digunakan secara meluas tanpa mengira sama pada peranti utama ataupun kelas permulaan. Oleh sebab itu untuk menghasilkan peranti dengan rekaan unik bagi menarik pelanggan menjadi semakin sukar. Oleh itu apabila Meizu Pro 7  dan Pro 7 Plus dilancarkan, ia memberikan nafas baru di dalam dunia rekaan peranti pintar.

Pihak Meizu Malaysia sudah mula mengeluarkan imej acah bahawa Pro 7 akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun tarikh pelancarannya masih rahsia buat masa ini. Meizu Pro 7 dilengkapi skrin sekunder pada bahagian belakang. Apabila peranti diletakkan terbalik, pengguna masih boleh melihat notifikasi dan pelbagai maklumat lain secara terus. Paling menarik bagi kami ialah skrin ini boleh digunakan untuk memudahkan selfie menggunakan kamera belakang.

Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30,memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna dan bukannya e-ink seperti beberapa ura-ura sebelum ini. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0.

Meizu Pro 7 Plus mempunyai spesifikasi yang sama cuma skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. memori sebesar 6 GB RAM dan storan 64/128 GB. Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0. Rekaan peranti adalah logam sepenuhnya dan mendapat sentuhan firma rekaan industri Frog Design dari Jerman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd