Facebook Merancang Untuk Membelanjakan Sehingga RM4 Bilion Untuk Rancangan Video Eksklusif

Facebook Merancang Untuk Membelanjakan Sehingga RM4 Bilion Untuk Rancangan Video Eksklusif

Diterbitkan pada Sep 9, 2017 oleh .

Pelbagai syarikat internet kini memfokuskan kepada arena kandungan video eksklusif – sekaligus membuatkan rami pengguna menghabiskan masa yang lebih lama pada platform masing-masing. Antara yang memfokuskan pelaburan dalam arena video ini adalah termasuk Netflix, Google melalui YouTube, Apple, Amazon, dan juga Facebook.

Terkini, menurut laporan WSJ, gergasi laman sosial terkemuka, iaitu Facebook dijangka membelanjakan sehingga $1 (~RM4.19) Bilion pada 2018 untuk mendapatkan pelbagai kandungan video eksklusif dan khusus untuk platform mereka.

Untuk makluman, baru-baru ini Facebook telah memperkenalkan perkhidmatan video mereka yang dinamakan sebagai Facebook Watch. Melaluinya, mereka bekerjasama dengan sejumlah rakan-rakan penerbit kandungan untuk hadir dengan video khusus untuk platform tersebut.

Buat masa ini, Facebook Watch hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, tetapi dengan lebih banyak pelaburan, tidak mustahil kita melihat penawaran Watch ini diperlanjutkan ke negara-negara baru lain.


TIPS & ULASAN