Huawei Mate 10 Pro Dijangka Hadir Dengan Rekaan Skrn Menyeluruh, Kalis Air, Kirin 970

Huawei Mate 10 Pro Dijangka Hadir Dengan Rekaan Skrn Menyeluruh, Kalis Air, Kirin 970

Diterbitkan pada Sep 9, 2017 oleh .

Huawei sebelum ini sedia mengatakan mereka bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri Mate pada bulan Oktober 2017 kelak. Kini, seperti biasa, beberapa info awal mengenainya hadir tertiris dikongsikan oleh @evleaks.

Huawei Mate 10 Pro dikatakan akan hadir dengan rekaan skrin bersaiz 5.99-inci dengan paparn 1440×2880 pixel. Huawei dijangka menawarkan rekaan dengan bingkai nipis, sekaligus menawarkan rekaan skrin menyeluruh – menawarkan nisbah skrin ke badan yang lebih besar berbanding sebelum-sebelum ini.

Telefon pintar berkuasa tinggi ini dijangka hadir dengan memori 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB, selain dijana cip pemprosesan berkuasa terbaru Kirin 970. Cip ini sendiri hadir dengan rekaan 10nm, selain dilengkapi sokongan NPU untuk pemprosesan lebih efisyen serta sokongan kecerdasan buatan.

Melengkapkan Huawei Mate 10 Pro adalah dwi-kamera belakang berjenama Leica mengabungkan sensor 12-megapixel dan 20-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Menariknya telefon pintar ini dijangka hadir dengan sokongan kalis air IP68.

Walaubagaimanapun, Mate 10 Pro ini dijangka hanya akan dipasarkan bermula Disember kelak.

Disamping Huawei Mate 10 Pro, pengeluar dari China yang dikatakan kini menduduki tangga kedua ini dijangka turut memperkenalkan Huawei Mate 10 versi biasa, dan mungkin turut hadir dengan versi “Lite”.


TIPS & ULASAN