Gambar Dan Spesifikasi Vivo X20 Tertiris – Lebih Berkuasa Berbanding Vivo V7+

Gambar Dan Spesifikasi Vivo X20 Tertiris – Lebih Berkuasa Berbanding Vivo V7+

Diterbitkan pada Sep 9, 2017 oleh .

Pelancaran Vivo V7+ pada pertengahan minggu lalu sedikit mengecewakan peminat peranti Vivo berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh anda. Vivo V7+ hanya dilengkapi pemproses Snapdragon 450 dan skrin HD. Bagi yang inginkan peranti Vivo dengan skrin FullView Display yang lebih baik, anda mungkin boleh menantikan kemunculan Vivo X20.

Gambar sebenar peranti ini berserta spesifikasinya telahpun tertiris ke arena web. Vivo X20 akan diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 660. Maklumat lain yang diketahui ialah skrin HD penuh, memori sehingga 6GB RAM, kamera selfie 24-Megapixel dan dwi kamera dengan salah satunya dilengkapi sensor 24-Megapixel. Peranti ini telahpun memasuki pangkalan data TENAA dan pasti akan dilancarkan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN