Lenovo / Motorola Bakal Hadir Dengan Telefon Android One Baru?

Lenovo / Motorola Bakal Hadir Dengan Telefon Android One Baru?

Diterbitkan pada Sep 9, 2017 oleh .

Moto X4 Android OneLenovo sebelum ini telah memperkenalkan Moto X4, yang mana hadir dengan spesifikasi pertengahan tetapi hadir dengan beberapa ciri-ciri seperti terdapat pada peranti premium. Ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan. Tetapi, kini menariknya sebuah gambar tertiris daripada @evleaks, memperlihatkan kemungkinan kita akan melihat Moto X4 versi Android One.

Ketirisan ini hadir selepas pihak Google kini memfokuskan kembali kepada penawaran peranti Android One – dan ia tidak lagi terhad kepada peranti berspesifikasi rendah. Minggu lepas, mereka telah melancarkan Xiaomi Mi A1 yang mana merupakan variasi Mi 5x tetapi dengan Android One.

Walaubagaimanapun, sedikit berbeza dengan Mi 5X adalah kerana Xiaomi menggunakan antaramuka MIUI – sementara Lenovo melalui siri Moto sedia menawarkan antaramuka natif Android.

Ia tidak diketahui lagi apakah kelebihannya kelak, dan sama ada Google akan menawarkan kemaskini terus ke peranti baru ini kelak, atau seperti Mi A1 yang melalui Xiaomi kerana terdapat sedikit perubahan pada aplikasi kamera.

Dan dengan perkembangan ini, adakah kita akan melihat lebih banyak peranti dengan penjenamaan Android One hadir ke pasaran?


TIPS & ULASAN