Cari @ Amanz

Terdapat banyak kerangka dengan powerbank terbina di pasaran. Ini membolehkan pemilik memanjangkan tempoh penggunaan peranti tanpa perlu bergantung kepada palam kuasa. PodCase ialah sebuah lagi kerangka dengan powerbank terbina tetapi ia unik kerana turut mampu mengecas sepasang Apple AirPods.

Kerangka untuk iPhone 7 dan 7 Plus dengan bateri sebesar 2500 mAh ini mempunyai tempat simpanan khas untuk sepasang AirPods. Apabila dimasukkan ke dalam tempat simpanan ini, fon telinga tanpa wayar ini akan dicas. Bateri yang besar ini boleh mengecas sepasang AirPods sehingga 40 kali atau sebuah iPhone 7 sekali.

PodCase kini mengumpul dana menerusi KickStarter dan dijual pada harga $89 (~RM 378) sebuah. Sedikit aneh PodCase dicaj menggunakan USB-C dan bukannya Lightning.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd