Cari @ Amanz

Digi sebelum ini pernah menawarkan beberapa pakej pascabayar dengan penawaran internet tanpa had. Terkini, mengikut maklumat tertiris yang kami dapat, ia dilihat Digi sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi pelan internet baru seawal pagi esok.

Pelan yang dikatakan bakal dikenali sebagai Digi Postpaid 100 Infinite ini bakal menawarkan pelan data tanpa had pada harga langganan RM100 sebulan. Ia akan menawarkan kelajuan mencapai 5Mbps, dan dikatakan Digi hanya akan menawarkan pelan ini untuk 10,000 pendaftaran sahaja.

Selain penawaran data tanpa had, ia turut akan menawarkan panggilan tanpa had, dan 300 SMS percuma.

Digi Postpaid Infinite 100

Disamping itu, pelan ini juga hanya akan ditawarkan melalui atas-talian sahaja, dan tidak ditawarkan untuk pendaftaran melalui kedai Digi.

Seperti biasa, kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai pelan baru Digi Postpaid 100 Infinite secara rasminya pagi esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd