Blackberry Priv Disahkan Tidak Akan Menerima Kemaskini Nougat

Blackberry Priv Disahkan Tidak Akan Menerima Kemaskini Nougat

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Peranti Nexus dan Pixel sudah menerima kemaskini ke Android Nougat beberapa minggu yang lalu. Pengguna boleh menikmati fungsi terbaru dan merasa selamat kerana kemaskini sekuriti terkini telah diterima. Bagi pengguna Blackberry Priv, mereka masih menantikan kemaskini rasmi ke Nougat oleh Blackberry. Berita buruk bagi mereka ialah ini tidak akan berlaku.

BlackBerry Priv

Alex Thurber yang merupakan pengurus besar Mobility Solution mengesahkan ini tidak akan berlaku di dalam podcast UTB Blogs. Menurut beliau proses mengemaskini memerlukan kesemua rakan kongsi Blackberry bekerjasama menghasilkannya dan ini adalah hampir mustahil dilakukan.

Dengan ini Blackberry Priv akan berhenti menerima kemaskini walaupun belum berusia dua tahun. Priv mula dijual pada November 2015 dan merupakan peranti Android pertama mereka. Masa depan kemaskini untuk DTEK50 dan DTEK60 juga agak samar sekarang.


TIPS & ULASAN