(Ura-Ura) Cip Apple A11 Untuk iPhone X dan iPhone 8 Mempunyai Enam Teras

(Ura-Ura) Cip Apple A11 Untuk iPhone X dan iPhone 8 Mempunyai Enam Teras

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Nama rasmi tiga peranti Apple yang bakal dilancarkan esok ialah iPhone 8., 8 Plus dan X, Ini menyanggah ura-ura selama ini yang mengatakan iPhone 8 ialah peranti edisi khas dengan rekaan semua skrin. Walaupun peranti hampir dilancarkan, lagi maklumat baru tertiris ke arena web,

Kini kedengaran ura-ura cip Apple A11 yang digunakan pada ketiga-tiga peranti adalah pemproses dengan enam teras. Ia terdiri daripada empat teras berkuasa tinggi Mistral dan dua teras berkuasa rendah Monsoon. Ini adalah kali pertama sebuah iPhone dilengkapi pemproses enam teras. Teras Monsoon akan memastikan bateri dapat bertahan lama apabila menjalankan aplikasi yang tidak memerlukan kuasa memproses yang tinggi.

Tetapi ini bukanlah pemproses enam teras pertama Apple. Apple A10X Fusion yang digunakan pada iPad Pro dilengkapi tiga teras berkuasa tinggi Hurricane dan tiga teras berkuasa rendah Zephyr. Seperti Android, Apple juga sudah berjinak-jinak dengan pemproses melebihi empat teras bagi memastikan peranti berfungsi dengan lebih optimum.


TIPS & ULASAN