Petit Pli – Pakaian Yang Membesar Bersama Anak Kecil Dihasilkan

Petit Pli – Pakaian Yang Membesar Bersama Anak Kecil Dihasilkan

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Antara perkara yang mengejutkan saya semasa menjadi seorang ayah tiga tahun yang lalu ialah kadar pertumbuhan bayi yang amat pantas. Baju yang dibeli dengan pantas menjadi sendat sehingga menyebabkan baju baru perlu dibeli dengan agak kerap. Ini mungkin mendatangkan beban kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan. Petit Pli ialah koleksi baju yang direka untuk membesar selari dengan pembesaran pemakai.

Petit Pli direka oleh Ryan Yasin. Pakaian yang direka mempunyai konsep origami dan akan terbuka secara berperingkat mengikut saiz tubuh pemakai. Secara teorinya sepasang baju yang dibeli boleh dipakai lebih lama berbanding baju kanak-kanak biasa. Rekaan beliau ini memenangi anugerah Dyson Award 2017 dan beliau akan menggunakan wang hadiah untuk menghasilkan Petit Pli secara komersial


TIPS & ULASAN