Sony Menjadualkan Pelancaran Xperia XZ1 Di Malaysia Pada Penghujung Minggu Ini

Sony Menjadualkan Pelancaran Xperia XZ1 Di Malaysia Pada Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Sony nampaknya bergerak pantas untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan. Selepas pengenalan Xperia XZ1 pada hari Merdeka yang lepas, kini Sony Mobile Malaysia menjadualkan untuk pelancaran Xperia XZ1 di Malaysia pada 15 September ini, sehari sebelum Hari Malaysia.

Sony Xperia XZ1

Xperia XZ1 merupakan telefon pintar flagship untuk pertengahan kedua 2017, dimana ia hadir dengan skrin 5.2-inci HDR, cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, serta storan sebesar 64GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 19-megapixel Exmor RS dan juga kamera hadapan 13-megapixel.

Salah satu ciri yang menjadi fokus pihak Sony dalam memasarkan peranti ini adalah kebolehan rakaman 3D, dimana ia membolehkan pengguna mengimbas wajah dalam bentuk 3D, dan menggunakan ia untuk menghasilkan animasi AR.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 15 September ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran Sony Malaysia untuk peranti terbaru mereka ini di pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN