Hunter 1.0 – Pengawal Permainan Mekanikal Pengganti Papan Kekunci

Hunter 1.0 – Pengawal Permainan Mekanikal Pengganti Papan Kekunci

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Papan kekunci mekanikal bertahan lebih lama berbanding papan kekunci membran. Tetapi rekaan kekuncinya yang tradisional kurang ergonomik dan boleh mendatangkan kesakitan pada pengguna yang mempunyai masalah RSI. Bagi mereka yang inginkan keselesaan ketika sesi permainan video, pengawal permainan Hunter 1.0 telah dihasilkan.

Pengawal permainan ini direka untuk menggantikan papan kekunci dan mempunyai 12 butang yang kesemuanya menggunakan suis mekanikal. Susunan butang secara bulat dikatakan lebih semula jadi seterusnya mengurangkan tekanan pada tangan. Kesemua 12 butang berlampu dan boleh ditukar. Terdapat pilihan kekunci berbentuk empat segi dan bulat.

Sokongan gegaran turut diberikan pada Hunter 1.0. Bagi yang tidak mahu menggunakan kawalan WASD, terdapat tombol kawalan analog terbina. Pengawal permainan mekanikal ini sedang mengumpul dana menerusi KickStarter dan dijual pada harga $59 (~RM 248) sebuah.


TIPS & ULASAN