Carian
Facebook Sedang Menguji Ciri Carian Dan Pembantu Maya Berasaskan Arahan Suara
September 11, 2017 Aman

Facebook SearchFacebook pada hari ini sedia mempunyai ciri pembantu maya digital yang mereka namakan sebagai “M”. Buat masa ini, ia hanya berfungsi berdasarkan input teks atau pilihan disediakan – dan terhad untuk melalui Messenger untuk pengguna di Amerika Syarikat.

Selain daripada kecerdasan buatan berkenaan, kini gergasi laman sosial Facebook turut dilihat sedang menguji ciri pembantu maya digital berasaskan arahan suara – seumpama Siri.

Melalui apa yang dilihat, Facebook ingin memudahkan pengguna membuat carian berita semasa, dan pelbagai info dengan hanya menyebutnya pada aplikasi mereka. Secara kasar, ia dilihat seumpama carian berasaskan suara, tetapi mungkin turut dilengkapi dengan sokongan kecerdasan buatan seumpama pada “M”.

Memandangkan sebelum ini ia telah diura-ura Facebook sedang membangunkan speaker pintar seumpama Amazon Echo, maka langkah ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Info lanjut mengenainya masih menjadi tanda tanya, dan ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Facebook akan memperkenalkannya kepada umum.

Komen