Cari @ Amanz

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini telah mengambil tindakan terhadap perkhidmatan perkongsian basikal baru di Malaysia, iaitu oBike – dimana sekitar 250 basikal disekitar Petaling Jaya telah disita. Sebab utama langkah ini diambil adalah kerana gangguan pejalan kaki disebabkan basikal ini diletak merata sekitar Petaling Jaya.

oBike merupakan salah satu platform perkongsian basikal, dimana pengguna boleh menggunakan sebuah aplikasi khusus untuk mengakses basikal berkenaan, dan meletakkan ia dimana-mana tempat awam selepas menggunakannya.

Walaubagaimanapun, perkara ini menganggu laluan pejalan kaki, sekaligus membuatkan langkah ini diambil. Disamping itu, oBike juga tidak mendapatkan kebenaran dan lesen untuk beroperasi di Petaling Jaya untuk beroperasi.

Pihak MBPJ mengatakan mereka terbuka dan menyokong idea perkongsian basikal ini, tetapi mereka tidak ingin melihat ia tidak terkawal dan sebagainya.

Pihak oBike dilaporkan telah berkomunikasi dengan MBPJ dan sedang dalam proses untuk menyelesaikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd