Carian
Xiaomi Mi Note 3 Diperkenalkan – Penawaran Seumpama Mi6 Tetapi Dengan Skrin Lebih Besar
September 11, 2017 Aman

Bersama-sama pengenalan Mi Mix 2, pihak Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru mereka, iaitu Xiaomi Mi Note 3.

Xiaomi Mi Note 3 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dan menawarkan bingkai berasaskan aluminium-aloi, serta menggunakan dwi-kamera dibelakang seperti pada Mi 6. Selain skrin bersaiz besar, Mi Note 3 turut hadir dengan bateri berkapasiti 3500mAh, selain rekaan peranti yang nipis hasil penggunaan rekaan kerangka melengkung pada bahagian tepi.

Xiaomi Mi Note 3

Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 660, dan memori sehingga 6GB RAM. Pada bahagian belakang, ia menawarkan dwi-kamera dengan lensa 12-megapixel. Mi Note 3 turut hadir dengan sokongan NFC untuk pembayaran di China, selain pengecaman wajah untuk log masuk ke peranti.

Xiaomi Mi Note 3

Xiaomi Mi Note 3

Kamera belakang ini turut menyertakan sokongan penstabilan imej optikal, serta sokongan zoom optikal sehingga dua kali. Pengguna turut boleh merakamkan gambar dalam bentuk bokeh melalui ciri rakaman gambar Potrait.

Pada bahagian hadapan, Xiaomi menyertakan kamera 16-megapixel yang turut hadir dengan ciri AI Beautify dalam menghasilkan rakaman selfie yang cantik berbanding kebiasaan.

Di China, Xiaomi akan menawarkan Mi Note 3 pada harga bermula RMB 2499 iaitu sekitar RM1612. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan menawarkan telefon pintar ini untuk pasaran tempatan.

Xiaomi Mi Note 3

Komen