Xiaomi Mi MIX 2 dilancarkan dan tidak mengejutkan meneruskan rekaan hampir semua skrin yang dipopularkannya tahun lalu. Skrin tahun ini lebih memanjang dengan nisbah 18:9 berbanding 17:9 tahun lalu. Bingkai peranti pula masih lagi diperbuat daripada seramik dengan pemproses Snapdragon 835 menjadi enjin yang menggerakkan peranti. Mari lihat perbandingan Mi MIX 2 dengan LG V30 dan Samsung Galaxy S8. Ketiga-tiga peranti mempunyai rekaan hampir semua skrin dan mempunyai spesifikasi yang hampir setanding.
Perbandingan Xiaomi Mi MIX 2, LG V30 Dan Samsung Galaxy S8
Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh Effi Saharudin.