Satu-Satunya Unit Acer Predator 21X Di Malaysia Berharga RM39,999 – Kini Telah Pun Terjual

Satu-Satunya Unit Acer Predator 21X Di Malaysia Berharga RM39,999 – Kini Telah Pun Terjual

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Pada bulan Mei 2017 yang lepas, Acer telah mengumumkan penawaran komputer riba berkuasa tinggi berharga RM39,999 sebuah, iaitu Acer Predator 21 X. Hanya sekitar 300 unit yang dikeluarkan di seluruh dunia, dan untuk pasaran Malaysia, Acer Malaysia menyediakan satu unit untuk dibeli oleh pengguna tempatan.

Acer Arsyan

Kini, akhirnya unit berkenaan telah pun terjual kepada Arsyan Ismail. Untuk makluman, beliau sangat aktif dalam arena startup dan turut memfokuskan kepada Bitcoin.

Acer Predator 21X sendiri merupakan komputer riba berkuasa tinggi, dimana ia hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ketujuh, dilengkapi dengan kag grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 SLI, memori 64GB RAM, dan skrin melengkung 21-inci.

Memandangkan unit Acer Predator 21X ini telah terjual, maka mungkin sekiranya anda merancang untuk mendapatkan komputer berkenaan perlu melihat kepada beberapa alternatif lain – atau membuat permohonan pada Acer untuk membawa satu lagi unit untuk anda.

Baca : Ulasan Acer Predator 21 X


TIPS & ULASAN