Cari @ Amanz

Kecewa dengan Vivo 7+ yang tidak dilengkapi pemproses berkuasa tinggi? Peranti dengan rekaan FullView Display yang dilancarkan minggu lalu akan mempunyai “abang besar” yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi iaitu Vivo X20. Tarikh pelancaran rasmi X20 jatuh pada 21 September ini.

Vivo X20 dijangka dilengkapi skrin 5.8″ AMOLED FHD+, diperkasakan pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, kamera selfie 24-Megapixel dan dwi kamera belakang salah satunya sebesar 24-Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 3500 mAh akan membekalkan kuasa.Seperti V7+ ia turut akan dilengkapi sistem nyahkunci imbasan wajah Face Wake yang pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd