Cari @ Amanz

Hari ini genap 16 tahun serangan bunuh diri ke atas menara World Trade Center dan Pentagon di Amerika Syarikat. Pasca serangan tahap keselamatan dipertingkatkan di lapangan terbang bagi mengelakkan ia berlaku sekali lagi. Pengganas kini berubah kepada serangan rempuhan menggunakan kenderaan seperti yang dilihat di Paris, London dan Charlottesville.

Menyedari ancaman terbaru yang sukar dihalang ini, polis di United Kingdom memperlihat sistem Talon. Jaring keselamatan yang diperbuat daripada besi ini ditebarkan ke atas permukaan jalan. Terdapat cangkuk tajam pada kedua-dua hujung Talon yang mengempiskan dan membelit tayar. Ini akan menghentikan kenderaan yang cuba merempuh halangan Talon. Menurut Metropolitan Police, Talon boleh menghentikan kenderaan dengan berat maksimum 17 tan.

Talon mudah dipasang berbanding sistem penghalang konkrit dan palang besi. Ia sesuai sebagai benteng pertahanan pantas apabila terdapat acara keramaian. Dengan wujudnya sistem ini kerisauan terhadap serangan rempuhan dapat dikurangkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd