Samsung Menyasarkan Pengeluaran Cip Berasaskan 7nm Seawal Pertengahan Kedua 2018

Samsung Menyasarkan Pengeluaran Cip Berasaskan 7nm Seawal Pertengahan Kedua 2018

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Samsung hari ini berkongsi lanjut mengenai perkembangan pembangunan dan pengeluara cip mereka. Menurut Samsung, kini mereka telah menambah teknologi pemprosesan 11-nanometer pada pengeluaran cip pemprosesan, dan akan mula menggunakannya pada peranti seperti telefon pintar bermula tahun hadapan, 2018.

Cip 11nm ini akan menawarkan pemprosesan berkuasa dan pada masa yang sama lebih menjimatkan data berbanding 14nm pada hari ini. Samsung ingin menggunakan cip dengan rekaan 11nm ini pada telefon pintar berspesifikasi pertengahan dan tinggi.

Menurut Samsung, rekaan pengeluaran 11nm ini menawarkan prestasi lebih 15% dan penjimatan ruangan cip sehingga 10% berbanding dengan rekaan 14nm sebelum ini.

Disamping itu, Samsung turut mengesahkan pembangunan 7LPP dengan EUV (Extreme Ultra Violet) berkembang seperti disasarkan, dan dijangka untuk pengeluaran seawal pertengahan kedua 2018 kelak.

Samsung dijangka akan berkongsi lanjut mengenai rekaan dan pengeluaran cip 7nm ini pada acara Samsung Foundry Forum pada 15 September ini.

Disamping itu, Samsung turut menyasarkan untuk menawarkan sokongan pengeluaran cip dengan rekaan 14nm sehingga 11nm, 10nm, 8nm dan 7nm dalam tempoh tiga tahun akan datang.


TIPS & ULASAN