Cari @ Amanz

Bersempena dengan acara saringan kebangsaan ROG Masters yang bakal berlangsung di pusat membeli-belah 1Utama pada 16 dan 17 September minggu ini, pihak ASUS ROG Malaysia juga bakal melancarkan laptop terbaru mereka, ASUS ROG Zephyrus GX501 yang diumumkan pada acara COMPUTEX Taipei beberapa bulan yang lalu.

Laptop ROG Zephyrus ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel, kadar segar semula 120Hz dan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC. Dari segi komponen, ROG Zephyrus ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 7700HQ, memori DDR4 sebanyak 24GB dan juga storan PCIe SSD sebanyak 1TB.

Asus ROG Zephyrus

Walaupun laptop ini hanya setebal 17.9mm pada bahagian yang paling tebal, ia mampu memuatkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 yang menggunakan teknologi NVIDIA MaxQ yang menipiskan kad grafik tersebut tanpa mengurangkan prestasi kad tersebut.

Pihak ASUS ROG Malaysia masih belum lagi mengumumkan tarikh penjualan laptop ASUS ROG Zephyrus GX501 ini, tetapi menurut katalog Asus Malaysia terbaru, ia dikatakan akan dijual pada harga RM15999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd