Cari @ Amanz

Ketika pengenalan Zenfone 4, peranti paling berkuasa yang Asus umumkan ketika itu adalah Asus Zenfone 4 Pro. Asus Malaysia ketika itu tidak mengeluarkan sebarang komen untuk penawaran peranti berkenaan di pasaran tempatan, tetapi kini kami mendengar desas-desus mengatakan ia bakal ditawarkan di Malaysia seawal penghujung September ini, atau pada bulan Oktober kelak.

Asus Zenfone 4 Pro menggunakan cip Snapdragon 835 seperti pelbagai peranti flagship lain di pasaran, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dan skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED. Zenfone 4 Pro turut menggunakan bateri berkapasiti 3600mAh, menyokong Bluetooth 5.0, serta Android 7 Nougat dengan antaramuka ZenUI 4.0.

Asus Zenfone 4 Pro

Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang gabungan sensor 12-megapixel dan 16-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Asus turut menawarkan ciri seperti membuat bokeh serta sokongan zoom optikal sehingga 2 kali.

Harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi, tetapi menurut beberapa sumber terdekat, ia dikatakan berharga lebih RM3k. Unit yang ditawarkan di Malaysia juga dikatakan adalah terhad memandangkan pihak Asus lebih memfokuskan Zenfone 4 Selfie untuk pasaran tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd