Facebook Menguji Instant Videos – Kebolehan Muat-Turun Video Secara Automatik Ketika Bersambung Ke WiFi

Facebook Menguji Instant Videos – Kebolehan Muat-Turun Video Secara Automatik Ketika Bersambung Ke WiFi

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Facebook Instant VideosFacebook sedia menawarkan ciri Instant Articles untuk kemudahan pengguna membaca dan mengakses artikel daripada laman-laman lain dengan pantas. Kini, selain daripada hanya artikel, Facebook turut menguji ciri mengakses pantas untuk video.

Dinamakan sebagai Instant Videos, melaluinya ia meuat-turun pelbagai video secara rawak ketika anda bersambung ke rangkaian WiFi. Ia sekaligus membolehkan anda menonton sesuatu video dengan mudah tanpa perlu menggunakan data selular anda ketika berada di luar.

Daripada percubaan yang sedang dilakukan, Facebook melabelkan video yang telah sedia dimuat-turun dengan tanda “kilat” – lebih kurang seperti pada Instant Articles.

Info lanjut mengenainya masih tidak diketahui sepenuhnya – terutamanya berkenaan dengan bagaimana sesuatu video dipilih untuk dimuat-turun ke peranti secara automatik, dan sebagainya.

Ujian sedang dilakukan oleh Facebook dikalangan peratusan kecil pengguna Android buat masa ini, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.


TIPS & ULASAN