Samsung Menyasarkan Pengenalan Telefon Pintar Boleh-Lipat Bawah Keluarga Galaxy Note Pada 2018

Samsung Menyasarkan Pengenalan Telefon Pintar Boleh-Lipat Bawah Keluarga Galaxy Note Pada 2018

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Dengan lebih ramai yang hadir dengan peranti berbingkai nipis, langkah seterusnya dalam arena peranti pintar adalah menawarkan peranti boleh-lipat. Kita sedia melihat konsep untuknya sejak beberapa tahun lepas, dan bercakap mengenainya hari ini, Samsung dipetik mengatakan menyasarkan 2018 untuk pengenalan telefon pintar dengan skrin boleh-lentur dan boleh-lipat.

Menurut laporan yang hadir hari ini, ia dikatakan Samsung menyasarkan untuk memperkenalkan telefon boleh-lipat ini dibawah keluarga Galaxy Note.

Samsung Galaxy X

Untuk makluman, sebelum ini pada 2013 yang lepas, Samsung telah memperlihatkan prototaip awal skrin untuknya, dinamakan Youm. Selain Samsung, beberapa pengeluar telah memperlihatkan peranti konsep mereka tersendiri, termasuk Lenovo yang menunjukkan jam tangan pintar yang boleh diubah kepada telefon, selain telefon yang boleh dibuka menjadi tablet.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dalam arena panel paparan, sekaligus membawa lebih banyak inovasi menarik kepada pengguna.


TIPS & ULASAN