IKEA Bakal Memperkenalkan Kedai Atas-Talian Di Malaysia Pada 2018

IKEA Bakal Memperkenalkan Kedai Atas-Talian Di Malaysia Pada 2018

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

IKEA hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan membuka kedai Ikea ke-4 di Malaysia pada 2019 kelak, iaitu di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, pihak IKEA turut berkongsi mengatakan mereka turut bakal menawarkan perkhidmatan e-dagang untuk pengguna tempatan seawal tahun hadapan, 2018.

Melalui perkhidmatan e-dagang, ia akan memudahkan para pengguna untuk mengakses dan mendapatkan produk-produk keluaran IKEA dengan mudah – terus melalui pelayar web tanpa perlu ke IKEA berdekatan.

Pengenalan kedai atas-talian ini juga akan membolehkan mereka dapat menampung permintaan tinggi untuk produk-produk mereka – terutamanya daripada para pengguna yang tidak berada berdekatan dengan Ikea.

Buat masa ini, Ikea berada di tiga lokasi, iaitu Damansara, Cheras dan juga bakal dibuka di Tebrau.


TIPS & ULASAN