Cari @ Amanz

Perang di antara Qualcomm dan Apple masih belum menunjukkan akan berakhir. Pergeseran berlaku selepas Apple menyaman Qualcomm kerana dikatakan mengenakan bayaran royalti yang tinggi ke atas teknologi yang dimiliki mereka. Qualcomm kemudian memulangkan paku buah keras dengan menyaman Apple kerana tidak membayar royalti.

Pada hari pelancaran iPhone 8 dan iPhone X, Qualcomm mengeluarkan senarai teknologi-teknologi yang muncul pada peranti Android lebih awal berbanding pada iOS. Senarai yang agak panjang ini dikatakan berlaku kerana inovasi yang juga dilakukan oleh Qualcomm. Sebelum ini syarikat ini berkongsi enam paten yang dimiliki mereka dan digunakan pada iPhone.

Di dalam dunia teknologi, yang pertama melakukan sesuatu akan mempunyai kelebihan ke atas pesaing. Tetapi pada waktu yang sama melakukannya dengan sempurna terlebih dahulu adalah jauh lebih penting.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd