Hana – Robot Anjing Yang “Pengsan” Sekiranya Menghidu Kaki Yang Busuk Dihasilkan

Hana – Robot Anjing Yang “Pengsan” Sekiranya Menghidu Kaki Yang Busuk Dihasilkan

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Di Jepun mereka banyak menghasilkan Chindogu. Ini ialah terma yang diberikan kepada rekaan yang bijak tetapi tidak semestinya berguna. Antara chindogu yang hanya kemudian digunakan secara meluas ialah kayu selfie rekaan Hiroshi Ueda. Kini muncul sebuah lagi chindogu moden iaitu robot anjing Hana.

Hana ialah robot berbentuk anjing yang mempunyai kemampuan menghidu bau kaki yang busuk. Sekiranya kaki tidak berbau ia akan menggeselkan hidung pada tapak kaki. Apabila bau kurang enak mula dikesan ia akan menyalak. Akhir sekali apabila bau kaki terlalu busung ia akan melakukan aksi pengsan.

Robot ini dihasilkan oleh National Institute of Technology Kitakyushu College (NITkit) untuk menyelesaikan masalah bau kaki yang busuk. Seperti di Malaysia kasut harus dibuka apabila memasuki rumah. Warga Jepun amat mementingkan kebersihan dan bau busuk boleh mengganggu orang lain di tempat awam. Jadi hasilnya Hana dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun. Jika anda berminat Hana bakal dijual pada musim bunga hadapan pada harga di antara 100,000-200,000 Yen (RM 3835-7670) sebuah.


TIPS & ULASAN