Instant Articles adalah ciri khusus untuk platform Facebook yang membolehkan sesuatu artikel yang menyokongnya dibuka lebih 10 kali ganda pantas berbanding dengan membukanya melalui pelayar web biasa. Ia sedia disokong pada aplikasi Facebook utama, dan menjadi pilihan ramai ketika ingin membaca artikel pada peranti mudah-alih.
Selain pada aplikasi utama Facebook, sebelum ini laman gergasi sosial berkenaan turut telah memperkenalkan sokongan yang lebih kurang sama pada aplikasi Messenger. Namun, kini ia dilaporkan yang mana Facebook telah membuang sokongan Instant Articles pada aplikasi Messenger mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah sebab utama Facebook membuang sokongan berkenaan pada Messenger.
Melalui kenyataan yang diberikan Facebook kepada TechCrunch, mereka mengatakan akan terus menambah-baik sokongan Instant Articles – dan menyokongnya melalui aplikasi utama Facebook buat masa ini.