Apple Watch Baru Diumumkan Dengan Sokongan Selular

Apple Watch Baru Diumumkan Dengan Sokongan Selular

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru daripada mereka, iaitu Apple Watch Series 3. Perubahan terbesar yang dibawakan pada jam tangan pintar ini berbanding dengan generasi sebelumnya adalah sokongan selular terbina pada jam tangan pintar berkenaan.

Dengan sokongan selular terbina yang berfungsi berasaskan kepada e-SIM, ia membolehkan pengguna mengekalkan nombor sama nombor telefon utama anda.

Dengan integrasi sokongan selular, pengguna kini bukan sahaja boleh menerima panggilan dan mesej, tetapi turut menggunakan ciri seperti Siri dan lain-lain walaupun berjauhan dengan telefon pintar mereka. Siri untuk Apple Watch juga turut dikemaskini dan kini turut memberikan maklumbalas dalam bentuk ucapan.

Apple Watch Series 3

Apple menyertakan sokongan cip dwi-teras pada Apple Watch baru ini, menawarkan prestasi lebih 70% berbanding generasi sebelum ini, selain cip W2 baru yang menambah-baik sambungan seperti Bluetooth dan WiFi. Apple mengatakan mereka mengekalkan saiz asal jam tangan pintar, dan untuk tujuan berkenaan, antena selular diintegrasikan pada panel skrin jam tangan tersebut sendiri.

Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah Apple WatchOS 4.0 yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Apple Watch Series 3 ini akan hadir dalam variasi sokongan selular dan juga tanpanya. Ia bakal mula dijual di beberapa buah negara bermula 22 September 2017 ini.

Apple Watch Series 3


TIPS & ULASAN