Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan telefon pintar iPhone 8 dan iPhone X, pihak Apple turut telah melancarkan sistem operasi generasi baru mereka, iOS 11. Ia telah dipertontonkan kepada umum sejak WWDC bulan Jun lepas, dan kini akhirnya versi akhir bakal ditawarkan kepada para pengguna umum bermula minggu hadapan, 20 September.

iOS 11 menawarkan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sedikit kemaskini pada antaramuka, sokongan Siri yang ditambah-baik, integrasi ARKit, serta aplikasi Files untuk iPad. Sistem operasi terbaru ini juga membolehkan iPad anda digunakan untuk menjalankan pelbagai tugasan produktiviti dengan mudah.

iOS 11 ini akan menyokong sejumlah peranti, termasuk iPhone 5s dan terkini, iPad mini 2 dan terkini, iPad Air dan terkini, iPad Pro, dan juga iPod Touch generasi ke-6. Bagi anda yang menggunakan peranti-peranti ini, boleh tandakan kalendar anda untuk memuat-turunnya bermula minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd