Apple TV 4K Diperkenalkan – Harga Bermula RM999 Di Malaysia

Apple TV 4K Diperkenalkan – Harga Bermula RM999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Apple TV merupakan sebuah set-top box yang boleh anda hubungkan kepada televisyen, dan menikmati kandungan melaluinya. Ia telah sedia ditawarkan di Malaysia sejak beberapa tahun lepas, dan hari ini Apple turut mengumumkan kemaskini untuknya dengan menambah sokongan paparan resolusi 4K dan juga HDR melalui set baru yang dipanggil Apple TV 4K.

Apple TV 4K menggunakan cip pemprosesan seperti pada iPad Pro, iaitu A10X Fusion, serta dilengkapi memori 3GB RAM. Dengan kuasa pemprosesan lebih tinggi, ia juga turut menawarkan keupayaan grafik yang baik untuk membolehkan bukan sahaja menikmati video 4K dan HDR, tetapi turut memainkan permainan melaluinya.

Apple TV

Bersama-sama pengenalan Apple TV 4K, pihak Apple turut mengumumkan penawaran kandungan video 4K melalui iTunes, selain pengguna dengan kandungan sedia ada yang menyokong 4K akan menerimanya secara percuma.

Selain kandungan daripada Apple sendiri, pengguna turut boleh menikmati kandungan daripada Netflix dan Amazon Prime melaluinya.

Di Malaysia, model Apple TV 4K berkapasiti 32GB akan ditawarkan pada harga RM999, sementara model 64GB pula ditawarkan pada harga RM1099. Model Apple TV generasi ke-4 yang lama berkapasiti 32GB akan dijual pada harga RM849.


TIPS & ULASAN