Ini Adalah Harga Baru Untuk iPhone – iPhone 7 Kini Bermula RM2749, iPhone 6S Bermula RM2249

Diterbitkan pada Sep 13, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pengenalan iPhone 8 dan iPhone X baru, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah potongan harga untuk model-model iPhone sedia ada. Kini, Apple Malaysia telah pun mengemaskini harga jualan iPhone pada laman Apple Store Malaysia – sekaligus membolehkan anda yang berminat mendapatkannya pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Potongan yang paling tinggi dilihat diterima oleh model iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus. Kini, anda boleh mendapatkan iPhone 7 pada harga bermula RM2749, sementara iPhone 7 Plus pula pada harga bermula RM3349.

iPhone 7 (32GB) – RM2749
iPhone 7 (128GB) – RM3249
iPhone 7 Plus 32GB – RM3349
iPhone 7 Plus 128GB – RM3849

Untuk anda yang inginkan model yang berusia dua tahun pula, anda mungkin boleh dapatkan siri peranti iPhone 6S.

iPhone 6S (32GB) – RM2249
iPhone 6S (128GB) – RM2749
iPhone 6S Plus (32GB) – RM2749
iPhone 6S (128GB) – RM3249

Dan bagi anda yang inginkan model dengan penawaran sederhana, dan menjalankan sistem operasi iOS, anda mungkin boleh mendapatkan iPhone SE.

iPhone SE (32GB) – RM1749
iPhone SE (128GB) – RM2249

Sumber terdekat kami mengatakan U Mobile mempunyai beberapa pelan baru iPhone yang akan datang. Semak u.com.my untuk kemaskini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami