Lazada Melancarkan Program #EveryoneCanSell – Memudahkan Peniaga Menjual Secara Atas-Talian

Lazada Melancarkan Program #EveryoneCanSell – Memudahkan Peniaga Menjual Secara Atas-Talian

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Lazada merupakan laman jualan yang popular di Malaysia, dan menawarkan pelbagai barangan. Selain dari produk yang dijual mereka, peniaga lain juga boleh menggunakan Lazada sebagai platform jual beli atas talian mereka.

Dan bagi menyemarakkan pasaran e-dagang tempatan, hari ini mereka telah mengumumkan program #EveryoneCanSell. Menerusi program ini, peniaga boleh mewujudkan kedai atas talian mereka pada platform Lazada. Lazada telah bekerjasama dengan SME Corp, SSM, Maybank dan juga TM bagi menjayakan program ini.

Menerusi program #EveryoneCanSell, peniaga tersebut juga akan menerima latihan e-dagang dari SME Corp, pendaftaran syarikat yang lebih mudah menerusi SSM, serta akan menerima kemudahan internet dari TM. Peniaga yang menyertai program ini bakal menerima bantuan pinjaman dan juga akaun perbankan eksklusif dari Maybank.

Dan bagi Lazada pula, mereka akan memberikan data serta analisis perniagaan kepada peniaga, dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Program ini akan bermula pada hari ini dan Lazada mensasarkan dapat menarik minat sehingga 50,000 peniaga untuk menyertai platform mereka menjelang 2018.

Daftar: Program EveryoneCanSell Dari Lazada


TIPS & ULASAN