Cari @ Amanz

Pengasas bersama untuk perkhidmatan permesejan popular WhatsApp, iaitu Brian Acton hari ini telah mengumumkan yang mana beliau akan meninggalkan syarikat untuk memulakan yayasan beliau tersendiri.

WhatsApp telah dimulakan oleh beliau bersama-sama Jan Koum pada 2009 yang lepas. Sebelum ini, kedua-duanya bekerja di Yahoo!. Sejak WhatsApp diperkenalkan, ia telah menjadi salah satu aplikasi permesejan popular – sekaligus mengurangkan angka penggunaan SMS. Ia seterusnya telah diambil-alih oleh Facebook pada tahun 2014 yang lepas pada harga mencapia $19 bilion.

Seorang lagi pengasas bersama, iaitu Jan Koum masih bekerja di WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd